Saturday, November 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 kanak-kanak maut kenderaan terbalik

    KAHERAH, 1 MEI – Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak maut semalam apabila sebuah kenderaan penumpang roda tiga terbalik dan tenggelam di saluran pengairan di wilayah Delta Nil, Beheira, Mesir, kata pihak pendakwaraya awam negara itu dalam satu kenyataan.

    Mangsa antara 12 penum-pang yang menaiki beca dalam perjalanan pulang dari kerja di sebuah kilang di sebuah bandar di Beheira, utara ibu kota Kaherah.

    Empat yang lain terselamat dalam kemalangan itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

    Pihak pendakwa menahan dan menyoal siasat pemandu beca berusia 19 tahun itu atas tuduhan membunuh tanpa sengaja dan membawa kenderaan tidak dibenarkan dan tidak berlesen dalam keadaan berbahaya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda