Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    8 kompaun dikeluarkan operasi sekatan jalan raya

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 14 SEPT – Lapan kesalahan telah direkodkan dalam operasi sepadu sekatan jalan raya yang diadakan di Jalan Bukit Barun, Kampung Lamunin, Daerah Tutong, kelmarin.

    Operasi yang dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) itu diketuai oleh Pegawai Lalu lintas Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis Ivy Han, yang bermula dari jam 8 malam.

    Semasa operasi tersebut, PPDB telah berjaya mengesan beberapa kesalahan seperti memasang pelekat plastik filem atau tabir, kenderaan tayar nampak benang dan memandu kenderaan yang tidak layak daripada segi keselamatan.

    Operasi berkenaan juga turut menahan dua orang lelaki warganegara tempatan atas penemuan dua paket rokok dan juga rokok elektronik pelbagai jenama.

    Melalui penemuan berkenaan, kesemua suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan dan tindakan lanjut.

    Operasi tersebut telah melibatkan pegawai dan keanggotaan dari Daerah Polis Tutong, JKED dan Biro Kawalan Narkotik (BKN).

    Diharapkan dengan operasi-operasi yang kerap dijalankan ini akan memberikan panduan dan kesedaran akan kepentingan mematuhi peraturan undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

    Dalam pada itu juga, turut diterapkan kepada anggota-anggota yang bertugas untuk mengamalkan sifat sopan, berhemah dan berdisiplin semasa operasi dijalankan bagi tujuan pendekatan, interaksi dan mewujudkan kepercayaan masyarakat awam dalam usaha berganding bahu membendung dan mencegah jenayah secara lebih efektif di negara ini.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan operasi bersepadu sekatan jalan raya di Jalan Bukit Barun, Kampung Lamunin, Daerah Tutong, baru-baru ini. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...