8 korban letupan Universiti Kabul

KABUL, 19 JULAI – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera hari ini apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah universiti di Kabul ketika penuntut sedang menunggu untuk menduduki peperiksaan, kata pegawai.

Letupan berlaku di tengah keganasan yang tidak henti-henti di seluruh Afghanistan, di mana orang awam dibunuh setiap hari dalam konflik negara, kini dalam tahun ke-18.

Taliban menafi terlibat dalam letupan hari ini, yang berlaku berdekatan pintu masuk selatan ke Universiti Kabul, beritahu seorang pegawai dengan pejabat media kementerian dalam negeri kepada AFP.

Jurucakap kementerian kesihatan Wahidullah Mayar berkata jumlah kematian telah mencecah lapan orang, dengan 33 yang lain cedera.

“Pesakit cedera telah menerima rawatan perubatan dan pembedahan,” kata beliau di Twitter.

Bahar Mehr, pegawai kementerian dalam negeri, berkata lima orang telah terkorban termasuk seorang pegawai polis lalu lintas.

“Mangsa cedera adalah pelajar undang-undang yang berkumpul untuk menduduki peperiksaan. Kami tidak tahu jumlah pelajar yang berkumpul di sana,” kata beliau.

Letupan berpunca daripada bom melekit, kata beliau, ancaman umum di Kabul di mana penjenayah dan pemberontak menyapu bahan letupan di bawah kenderaan. – AFP

Anggota keselamatan Afghan mengawal tempat letupan di Kabul, kelmarin. – AP