MANILA, 21 DIS – Banjir dan tanah runtuh akibat taufan tropika yang melanda banyak kawasan di Filipina pada hujung minggu menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut, dua cedera dan seorang masih hilang, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC) Filipina, korban dilaporkan di Visayas Timur dan wilayah Davao serta Caraga.
NDRRMC berkata, taufan tropika menjejaskan lebih 36,000 penduduk di kawasan tengah dan selatan Filipina menyebabkan kerosakan infrastruktur bernilai 110.4 juta peso (AS$23 juta). – Bernama






























