Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    8 maut, 44 cedera nahas kereta di Mesir

    KAHERAH, 7 JULAI – Lapan orang maut dan 44 lagi tercedera dalam kemalangan kereta yang berlaku berdekatan dengan wilayah selatan Mesir, Aswan, menurut laporan agensi akhbar kerajaan tersebut, hari ini.

    Kemalangan tersebut berlaku pada awal pagi apabila penumpang bas merempuh sebuah trak di jalan raya yang menghubungkan Aswan ke Abu Simbel, sebuah tempat yang mempunyai tokong purbakala milik Ramses II, menurut MENA.

    Sementara itu, kenderaan ambulan dikejarkan ke tempat kejadian untuk membawa mangsa kemalangan ke rumah mayat di Aswan dan menghantar mangsa yang tercedera ke hospital utama wilayah tersebut, tambah daripada laporan berkenaan.

    Beberapa kemalangan jalan raya telah meragut ribuan nyawa setiap tahun di Mesir, negara yang mempunyai rekod keselamatan dalam pengangkutan. Kemalangan yang berlaku kebanyakannya berpunca dari pemanduan yang melebihi had laju, keadaan jalan yang rosak ataupun undang-undang jalan raya yang kurang baik. Pada Januari lalu, lebih kurang 16 jiwa maut, 18 lagi cedera ketiga sebuah bas kecil merempuh bas pengangkutan awam di Sinai Peninsula, Mesir.

    Menurut statistik rasmi agensi di Mesir berkata lebih kurang 10,000 kemalangan jalan raya berlaku pada 2019, menunjukkan jumlah kemala-ngan tertinggi dalam beberapa tahun ini, yang meragut lebih 3,480 nyawa. Manakala, sebanyak 8,480 kemalangan melibatkan kereta meragut 3,080 nyawa pada 2018. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...