8 maut bas mini terjun gaung

SRINAGAR, 28 OKT – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan ramai lagi yang lain cedera hari ini selepas bas mini terjun ke dalam gaung di Kashmir, India kata polis.

Kemalangan berlaku di kawasan pergunungan Sui Gowari di daerah Doda, kira-kira 235km ke selatan bandar Srinagar, ibu kota wilayah Kashmir dikawal India.

“Hari ini, sebuah bas mini membawa penumpang tergelincir dari jalan dan jatuh ke dalam gaung berhampiran kawasan Sui Gowari,” kata pegawai polis memberitahu Xinhua.

“Lapan orang mati di tempat kejadian dan hampir sedozen lagi cedera, sebahagiannya parah dalam kemalangan itu,” tambahnya. – Xinhua

Seorang penumpang cedera dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan selepas sebuah bas mini tergelincir dan terjun gaung di Daerah Doda, Kashmir. – AP