Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    8 maut berhubung bantahan kematian Mahsa Amini

    TEHRAN/PARIS, 21 SEPT – Lapan orang maut hari ini dalam tindakan keras terhadap protes di Iran berhubung kematian Mahsa Amini selepas wanita muda itu ditangkap oleh unit moral polis.

    Kemarahan orang ramai memuncak di republik Islam itu sejak pihak berkuasa Jumaat lalu mengumumkan kematian Amini yang berusia 22 tahun, yang telah ditahan kerana didakwa memakai tudung dengan cara yang ‘tidak wajar’.

    Aktivis berkata wanita itu, yang nama pertama Kurdish ialah Jhina, mati akibat pukulan maut di kepala, dakwaan yang dinafikan oleh pegawai yang telah mengumumkan siasatan itu.

    Beberapa penunjuk perasaan wanita dengan berani menanggalkan tudung mereka dan membakarnya dalam unggun api atau memotong rambut mereka secara simbolik sebelum disoraki oleh orang ramai, menurut rakaman video yang tular di media sosial.

    Media negara Iran melaporkan hari ini bahawa dalam perhimpunan jalanan malam kelima yang telah merebak ke 15 bandar, polis menggunakan gas pemedih mata dan membuat tangkapan untuk menyuraikan orang ramai sehingga 1,000 orang.

    Kumpulan hak asasi manusia Artikel 19 yang berpangkalan di London, berkata ia “sangat bimbang dengan laporan penggunaan kekerasan yang menyalahi undang-undang oleh polis dan pasukan keselamatan Iran” termasuk penggunaan peluru hidup. – AFP

    Gambar fail bertarikh 20 September menunjukkan para pembantah melontar batu ke arah polis antirusuhan semasa bantahan berhubung kematian seorang wanita yang ditahan kerana melanggar etika pakaian negara itu, di Tehran, Iran. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...