HERAT, Afghanistan, 21 Feb – Lapan orang terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Herat, Afghanistan barat,hari ini.
“Sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah lori di Daerah Adraskan pada awal pagi, menyebabkan lapan penumpang maut dan 13 lagi cedera,” kata jurucakap polis wilayah Abdul Ahad Walizada kepada Xinhua.
Bas tersebut dalam perjalanan dari ibu kota wilayah Herat ke Daerah Farsi, katanya.
Mereka yang terbunuh adalah empat wanita dan dua kanak-kanak. Sementara mereka yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital daerah dan polis trafik telah melancarkan siasatan ke atas insiden itu, tambah pegawai itu.
Pemanduan yang tidak berhemah menjadi punca utama kemalangan dalam kejadian lalu lintas di jalan raya, selain lebuh raya yang sesak di negara pergunungan. – Xinhua