Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 maut dibunuh lelaki bersenjata

    BANGKOK, 11 Julai – Lapan anggota keluarga, termasuk tiga kanak-kanak, telah dibunuh oleh lelaki bersenjata yang menyamar sebagai pegawai kerajaan di wilayah Krabi, Thailand, kata polis hari ini, yang penyiasat pembunuhan itu percaya ia dicetuskan oleh konflik peribadi.

    Polis berkata sekumpulan geng dari enam atau tujuh lelaki, berpakaian celoreng, menyerbu sebuah rumah di selatan wilayah itu sekitar jam 4 (0900 GMT) semalam.

    Mereka menahan 10 tebusan dan menunggu tuan rumah itu – seorang ketua kampung – pulang.

    “Sekitar 8 malam tuan rumah tiba, kesemua mereka (mangsa) telah digari dan mata diikat sehingga tengah malam apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan,” Chaiwut Buathong, ketua bagi daerah Ao Luek, memberitahu AFP.

    Enam maut di tempat kejadian manakala dua yang lain mati di hospital, kata Chaiwut, yang menambah kata tiga daripada mangsa adalah remaja perempuan berusia bawah 15 tahun.

    Lapan orang termasuk dua kanak-kanak perempuan dari satu keluarga mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali di Kampung Ban Klang, Aolud di Krabi, selatan Thailand awal pagi kelmarin. – Bernama
    Lapan orang termasuk dua kanak-kanak perempuan dari satu keluarga mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali di Kampung Ban Klang, Aolud di Krabi, selatan Thailand awal pagi kelmarin. – Bernama

    Tiga yang lain dikejarkan ke hospital dengan seorang berada dalam keadaan kritikal.

    Jurucakap timbalan polis kebangsaan, Krissana Pattanacharoen memberitahu wartawan mangsa-mangsa berasal dari sebuah keluarga Islam setempat dan lelaki bersenjata “mendakwa pegawai yang mahu memeriksa kegiatan haram”.

    Gambar-gambar yang diambil oleh pekerja perubatan menunjukkan dua mayat terbaring di atas katil kanak-kanak yang berlumuran darah, dengan patung teddy bear dicampakkan ke sudut lain.

    Polis berkata mereka masih lagi menyiasat motifnya, termasuk pertikaian tanah antara ketua kampung dan penduduk tempatan yang menduduki tanah awam di komunitinya.

    “Secara peribadi saya percaya motifnya berkaitan konflik peribadi yang serius,” kata ketua polis negara, Chaktip Chaijinda, yang turun ke Krabi untuk mengetuai siasatan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja