Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    8 maut, van menjunam ke dalam gaung

    JAKARTA, 8 OGOS – Sebuah van menjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di wilayah Jawa Barat, Indonesia hari ini, mengorbankan lapan orang dan mencederakan sembilan lagi yang lain, kata polis tempatan.

    Kemalangan tragik itu berlaku di kampung Cibeureum di daerah Ciamis, wilayah itu. Kenderaan itu membawa penumpang dari daerah jiran Majalengka untuk menghadiri majlis perkahwinan di Ciamis, kata polis daerah.

    Ketua polis Ciamis, Tony Prasetyo Yudhangkoro memberitahu media tempatan bahawa enam penumpang mati di tempat kejadian dan dua lagi di hospital berhampiran. Manakala sembilan yang lain dirawat di hospital dan klinik-klinik.

    Menurutnya, pegawai masih berada di tempat kejadian cuba menaikkan kenderaan. Siasatan awal menyimpulkan kemalangan berpunca daripada kegagalan brek. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...