Friday, March 24, 2023
23.9 C
Brunei

-

8 pemain muda dipanggil sertai skuad wanita

KUALA LUMPUR, 20 OGOS – Seramai 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan skuad wanita kebangsaan menjelang dua aksi getir Malaysia pada saingan Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin, bulan depan.

Namun apa yang menarik, lapan pemain dalam senarai itu merupakan pemain berusia 20 tahun ke bawah dengan lima pemain berumur 18 tahun, manakala selebihnya berusia 19 tahun sekali gus bakal memberi saingan lebih sihat untuk perebutan slot dalam pasukan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kem latihan tersebut yang bermula esok akan menggunakan pendekatan kuarantin sebagai langkah membendung penularan pandemik COVID-19.

Skuad bimbingan ketua jurulatih Jacob Joseph itu dijadualkan menjalani latihan berpusat di Wisma FAM selama seminggu sebelum meneruskan latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dan akan berlepas ke Palestin pada 15 September.

Sementara itu, pada saingan kelayakan Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H akan menentang Palestin dan Thailand, masing-masing pada 19 dan 25 September. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -