Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    8 peniaga maut, 51 lembu ditembak

    LAGOS, 17 FEB – Seramai lapan orang peniaga terbunuh dalam kejadian serangan di sebuah pasar di Aba, Abia.

    Dalam serangan itu, suspek turut menembak mati 51 ekor lembu.

    Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu mempunyai kaitan dengan pejuang pemisah.

    Jurucakap polis, Geoffery Ogbonna, berkata pihaknya sedang menyiasat punca serta motif serangan itu.

    “Berlaku satu kejadian serangan di sebuah pasar di Aba oleh penyerang tidak dikenali yang membunuh lapan peniaga dan 51 ekor lembu.

    “Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti motif serangan itu,” katanya.

    Ogbonna berkata setakat ini, tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.

    Katanya, pasar terbabit adalah lokasi perniagaan baharu dan ramai peniaga dari seluruh negara berdagang di situ.

    “Peniaga ini baharu sahaja dipindahkan ke lokasi ini dan ia dikawal oleh kumpulan etnik berbeza di Nigeria,” katanya.

    Sebelum ini, pejuang pemisah dilaporkan sering melakukan serangan di tenggara Nigeria mengakibatkan lebih 130 anggota polis terbunuh sejak tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...