8 pesakit COVID-19 maut, hospital terbakar

NEW DELHI, 6 OGOS – Kebakaran mengorbankan lapan pesakit COVID-19 di sebuah hospital di barat India hari ini, kata pegawai.

Anggota bomba dan 15 jentera bomba memadamkan kebakaran di unit rawatan rapi di Hospital Shrey dan berjaya dipadamkan dalam masa setengah jam, kata pegawai bomba Yusuf Khan.

Seramai 35 pesakit telah dipindahkan ke hospital lain, katanya.

Rajiv Kumar Gupta, seorang pegawai kerajaan negara bahagian Gujarat, mengatakan bahawa litar pintas elektrik menjadi punca kebakaran di kota Ahmedabad. Dia juga mengatakan bahawa seorang paramedik sedang dirawat kerana cedera parah yang diterima ketika cuba memadamkan api.

Kebakaran biasa berlaku di bangunan di India kerana standard keselamatan yang buruk dengan alat pemadam api yang tidak mencukupi, alat pengesan asap dan sistem penggera kebakaran. – AP