Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 polis Colombia terbunuh

    BOGOTA, 12 April – Sekurang-kurangnya lapan orang pegawai polis Colombia terbunuh kelmarin di barat laut Colombia apabila penyeludup dadah yang bersenjata aktif, menurut pihak berkuasa.

    “Jumlah mangsa ialah lapan orang polis yang terbunuh dan sebuah kenderaan terjejas,” menurut polis dalam satu kenyataan.

    Letupan itu meledak awal kelmarin di bandar San Pedro de Uraba, katanya. Pasukan polis telah melakukan tugas rasmi bagi mengembalikan tanah kepada penduduk kampung yang terjejas disebabkan konflik Colombia, yang berlarutan setengah abad antara kerajaan dan pemberontak FARC Marxist yang berakhir dengan perjanjian damai pada November 2016. Menurut kenyataan polis, kawasan di mana letupan berlaku itu merupakan operasi yang dijalankan oleh Golfo Clan, organisasi penyeludupan dadah terbesar negara itu.

    Dalam pada itu, pasukan keselamatan Colombia sering memberi tekanan kepada kumpulan itu, apabila ia mampu menarik beberapa bekas anggota separa tentera yang berjuang menentang FARC semasa konflik tercetus.

    Sementara itu, kementerian pertahanan Colombia sebelum ini berkata kumpulan itu memiliki 1,800 anggota, kurang daripada separuh susulan serangan besar-besaran oleh pentadbiran Presiden Juan Manuel Santos. Kerajaan telah mengadakan rundingan dengan barisan kepimpinan kumpulan itu pada September lepas bagi memastikan mereka terlibat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda