80 hari tanpa jangkitan baharu

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Negara Brunei Darussalam memasuki 80 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, dengan kes keseluruhan kekal 141 orang.

Pengemaskinian status tersebut dikongsikan melalui siaran akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini.

Kenyataan turut menyata-kan, seramai 462 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala seramai 3,547 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 400 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 38,642 ujian. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.