Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    80 kakitangan Progresif sertai program kesejahteraan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN 30 OKT – Seramai 80 kakitangan Progresif telah menyertai Program Kesejahteraan Kakitangan Progresif menerusi 3km Brisk Walk di sepanjang Jalan Residency, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif Sdn Bhd, kelmarin, program berkenaan telah dilancarkan sebagai program dalaman untuk menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat melalui aktiviti fizikal seluruh syarikat.

    Program ini juga selaras dengan matlamat negara untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 yang merangkumi gaya hidup lebih sihat untuk rakyatnya sekali gus menyumbang kepada kualiti hidup yang berkualiti, khususnya dalam menyokong inisiatif 20 billion BN on the Move.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Mohd Jaafar berkata, “Kami berasa teruja untuk mengaitkan diri kami dengan matlamat kebangsaan untuk mempromosi kesihatan dengan cara hidup sihat.

    “Kami telah merancang pelbagai aktiviti, seperti 3km Brisk Walk, kerana ini adalah cara terbaik untuk memupuk hubungan kerja yang lebih erat pada masa yang sama menerapkan tabiat sihat untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan kerjasama di tempat kerja kami.

    Kakitangan Progresif bergambar ramai semasa acara 3km Brisk Walk yang diadakan baru-baru ini. – Gambar serahan Progresif

    “Ia merupakan pencapaian penting bagi kami di Progresif, dengan penetapan asas yang kukuh untuk kesihatan kakitangan kami,” ujarnya.

    Acara 3km Brisk Walk diadakan sempena bulan Oktober yang ditetapkan sebagai Bulan Kesedaran Kesihatan Mental dan Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

    Sehubungan itu, Progresif memakai warna merah jambu sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara untuk menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan pemeriksaan payudara untuk pengesanan awal serta tanda dan gejala kanser payudara.

    Selain riadah berjalan, pihak syarikat turut merancang untuk menganjurkan pemberian hadiah percuma untuk pakej pemeriksaan payudara untuk pekerjanya.

    Dalam pada itu, aktiviti berjalan adalah aktiviti fizikal yang paling lazim dikaitkan dengan penurunan risiko kanser payudara, kanser kolon, penyakit jantung dan diabetes.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...