Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    80 sertai Kayuhan Santai Setiakawan

    Oleh Daniel Lim

    KUALA BELAIT, 30 OKT – Bagi memupuk hubungan silaturahim antara para pengayuh dan kumpulan berbasikal serta memberi peluang kepada mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, Kumpulan Oil Town Cyclist (OTC) telah menganjurkan Acara Berbasikal Kayuhan Santai Setiakawan di Daerah Belait, hari ini.

    Acara yang disertai oleh 80 orang pengayuh basikal ini, telah dirasmikan oleh bekas Penghulu Mukim Belait dan Penasihat Kumpulan OTC, Haji Pungut bin Ali.

    Komander dan Ketua Pengurus OTC, Mohd Yunos bin Haji Pungut berkata, acara berbasikal sejauh 32 kilometer kali ini telah bermula dan berakhir di Menara Cendera Kenangan, Kuala Belait, kemudian melalui mercu tanda seperti Taman Rekreasi Makmal Tenaga Seria, dan Tugu Peringatan Sebilion Tong di Seria.

    Beliau berharap semua peserta berpuas hati dan berasa seronok walaupun cuaca pada ketika itu agak mendung.

    Kumpulan itu berhasrat untuk terus mengadakan acara yang serupa di daerah-daerah lain untuk memberikan peluang kepada para pengayuh di seluruh negara untuk ikut serta dan beriadah bersama-sama.

    Gambar ramai sebahagian daripada para peserta yang menyertai acara berbasikal hari ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...