800 berkabung untuk lima kanak-kanak dibunuh ibu

BERLIN, 6 SEPT – Lebih 800 orang berhimpun untuk memperingati lima orang kanak-kanak yang didakwa dibunuh oleh ibu mereka di kediaman terletak di barat bandar Solingen, agensi berita Jerman, dpa melaporkan hari ini.

Jiran-jiran, rakan dan yang lainnya berkabung atas kematian lima orang kanak-kanak dengan menyalakan lilin malam Sabtu di hadapan bangunan mereka tinggal. Mereka membawa bunga, mainan dan belon yang tertera nama mereka: Melina, Leonie, Sophie, Timo dan Luca, menurut laporan dpa.

“Ia adalah sukar untuk berkabung secara bersendirian, untuk meluahkan rasa sedih kami,” kata Hans-Peter Harbecke, penganjur kejiranan, memberitahu penyiaran awam, WDR. “Ia lebih mudah apabila kita bersama, lebih menunjukkan sebagai sebuah komuniti”.

Pendakwa raya telah mendakwa ibu berusia 27 tahun yang mempunyai lima orang anak, didapati mati di kediaman mereka pada Khamis, setelah membunuh. Insiden pembunuhan tersebut mengejutkan Jerman.

Pihak penyiasat berkata pemeriksaan bedah siasat terhadap kanak-kanak, yang berusia 1 hingga 8 tahun, menunjukkan tanda-tanda penenang dan tercekik, tetapi masih belum jelas bagaimana sebenarnya mereka mati.

Wanita itu, menghantar anak keenam, yang paling tua, untuk tinggal bersama neneknya pada Khamis sebelum mencuba untuk meragut nyawanya sendiri dengan melompat di hadapan kereta api di stesen kereta api Duesseldorf. – AP

Lebih dari 800 orang berhimpun untuk memperingati lima orang kanak-kanak yang didakwa dibunuh oleh ibu mereka, dengan membawa bunga, mainan dan belon yang tertera nama mereka.- AP