Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    800 bersaing buru ular sawa

    MIAMI, 7 OGOS – Lebih daripada 800 peserta akan meredah Florida Everglades dalam tempoh lapan hari akan datang, dalam usaha memburu ular sawa Burma yang akan membawa hadiah wang bernilai ribuan dolar.

    Pemburuan ular sawa bermula pada pagi Jumaat dan berlangsung sehingga 15 Ogos, menurut pegawai yang berkumpul di Miami untuk melancarkan acara tahunan itu.

    “Ia penting disebabkan setiap ular sawa yang dibunuh adalah bersamaan dengan satu spesies ular yang kurang yang memakan burung, mamalia dan reptilia di kawasan kami,” kata Wanita Pertama Florida Casey DeSantis.

    Sejak 2000, lebih daripada 17,000 ular sawa telah dihapus dari ekosistem Everglades, menurut kenyataan akhbar. Ular sawa Burma, yang bukan haiwan asal di Florida, memakan burung, haiwan mamalia dan reptilia lain. Ular sawa betina boleh mengeluarkan 100 telur setahun.

    Hadiah wang tunai sehingga AS$2,500 ditawarkan dalam kategori profesional dan baharu untuk mereka yang membunuh paling banyak ular, Terdapat juga hadiah tambahan untuk ular sawa terpanjang dalam setiap kategori. Setiap ular mesti dibunuh, dengan pemburu berdepan penyingkiran sekiranya mereka membunuh ular dengan kejam atau membunuh ular tempatan.

    Setakat ini, pemburu yang berdaftar mewakili 32 negeri AS dan Kanada. Pendaftaran masih diterima sepanjang pertandingan. Peserta juga mesti menamatkan kursus latihan dalam talian. – AP

    Seekor ular sawa Burma ditangkap semasa demonstrasi penangkapan yang selamat di Miami. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...