BERLIN, 9 Mac – Kira-kira 8,000 orang telah dipindahkan hari ini dari rumah, kedai dan pejabat di bandar Duesseldorf barat Jerman selepas bom Perang Dunia Kedua yang belum meletup ditemui, kata pihak berkuasa tempatan. Bahan letupan seberat 250kg itu ditemui malam semalam semasa kerja-kerja pembinaan di utara daerah tersebut.
Satu kilometer radius telah ditutup dan beberapa jalan disekat, termasuk dua lebuh raya, kata pihak berkuasa bandar, memberi amaran yang ia boleh menjejaskan trafik di lapangan terbang.
Sebuah hotel dengan 250 penghuninya juga telah dikosongkan, dengan bom itu dijangka akan dilupuskan pada awal petang hari ini.
Lebih 70 tahun selepas tamatnya perang, bom-bom yang belum meletup sering ditemui terkubur di tanah Jerman, peninggalan kempen pengeboman tegang sekutu-sekutu yang menentang Nazi Jerman.
Pihak berkuasa menganggarkan kira-kira 3,000 bom yang belum meletup masih lagi terkubur dalam tanah Berlin. – AFP