Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    8,000 panggilan diterima sehari

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Kementerian Kesihatan sedang giat bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dan Syarikat Comquest Sdn Bhd, yang mengendalikan Talian Darussalam 123 (TD123), yang pada dasarnya boleh menangani panggilan orang ramai berhubung perlaksanaan tugas-tugas menghadapi COVID-19 sebanyak 1,500 sehari.

    Walau bagaimana pada masa ini, panggilan yang diterima adalah sebanyak 8,000 sehari sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan talian yang dihadapi oleh orang ramai yang berhajat.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata sedemikian bagi menjelaskan mengenai aduan orang ramai yang mengalami kesukaran menembusi Talian Nasihat Kesihatan 148, TD123 dan WhatsApp Hotline BruHealth untuk melaporkan status kesihatan dan menerima sokongan termasuk pakej bantuan seperti kit ART dan oximeter pada masa ini, pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dalam pada itu, Syarikat Comquest Sdn Bhd kini sedang berusaha untuk menambah jumlah peruntukan talian dalam masa terdekat bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan yang mana setakat ini sebanyak 150 talian secara keseluruhannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...