Friday, October 7, 2022
23.1 C
Brunei

8,000 peminat tegar Moto GP Indonesia bakal meriahkan litar Sepang

-

JAKARTA, 8 SEPT – Kira-kira 8,000 peminat dari Indonesia dijangka hadir memeriahkan Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Sepang pada 21 hingga 23 Okt ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif berkata peminat tegar di Indonesia, teruja untuk menyaksikan perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar 2022, yang bakal menjadi venue yang akan menobatkan Juara Dunia pada penghujung musim nanti.

Beliau tidak menafikan perlumbaan yang ditawarkan musim ini agak berbeza, selepas ketiadaan Valentino Rossi yang bersara pada musim lalu sekali gus mempengaruhi pembelian tiket dikebanyakan litar.

“Tetapi dengan kepulangan Marc Marquez ke Misano sebelum ini, diharap dapat memberi peluang untuk beliau datang ke Litar Antarabangsa Sepang nanti,” katanya pada taklimat media sempena lawatan serantau di Jakarta dan Bandung, dengan kerjasama Tourism Malaysia Jakarta.

Marquez, juara dunia lapan kali pada Selesa dilaporkan kembali mengendali jentera Pasukan Repsol Honda dalam ujian di Litar Dunia Misano, Itali, 100 hari selepas menjalani pembedahan tulang lengan. 

Menurut Azhan, jumlah sasaran berkurang berbanding musim 2019 yang mencatatkan 11,000 peminat dari Indonesia, disebabkan harga tiket kapal terbang mahal dan
pengurangan jumlah penerbangan.

SIC menyasarkan lebih 170,000 penonton ke Litar Antarabangsa Sepang tahun ini dan komited memastikan kualiti MotoGP Malaysia berada di peringkat tertinggi. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Sydney siap sedia hadapi banjir besar

SYDNEY, 6 OKT – Bandar paling ramai penduduk di Australia, Sydney, mencatatkan rekod hujan tahunan selama 70 tahun hari ini selepas satu tahun memperingati...
- Advertisment -