Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    81 kes import dicatat dari 18 sehingga 24 Januari

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Sebanyak 247 kes telah dikesan di Negara Brunei Darussalam sejak 18 hingga 24 Januari 2022 dan 81 daripadanya adalah kes import.

    Demikian telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Pada sidang media tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menjelaskan asal usul negara-negara dari mana kes-kes import tersebut tiba.

    Kes import dari Nepal mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 25 kes, diikuti dengan India sebanyak 15 kes.

    Manakala kes import dari Filipina ialah sebanyak 12 kes, United Kingdom dan Mesir masing-masing mencatatkan sebanyak tujuh kes.

    Kes import Malaysia dan Amerika Syarikat mencatatkan sebanyak empat kes, kes import dari Singapura sebanyak tiga kes, manakala Indonesia, Australia, Jerman dan Pakistan masing-masing mencatatkan sebanyak satu kes.

    Rajah menunjukkan asal usul negara-negara dari mana kes-kes import tiba. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...