Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    82 tapak di S’wak dikenal pasti untuk pelaksanaan 5G

    KUCHING, 4 NOV – Sebanyak 82 tapak telah dikenal pasti di Sarawak bagi pelaksanaan perkhidmatan telekomunikasi bertaraf 5G yang dijangka bermula tidak lama lagi.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata pelaksanaan perkhidmatan itu akan dilakukan secara berperingkat dengan bandar raya Kuching dan Miri serta bandar Bintulu menjadi fasa pertama projek itu.

    “Bandar Sibu pula dalam fasa kedua pelaksanaan. Digital Nasional Berhad (DNB) (anak syarikat kerajaan Persekutuan) masih dalam fasa menganalisis ketersediaan kerajaan negeri terutamanya dalam fasiliti infra telekomunikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Julaihi berkata selain inisiatif yang dijalankan oleh pihak kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak turut melaksanakan skim atau inisiatif sendiri bagi mendukung inisiatif bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G.

    “Fokus (inisiatif adalah) untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi yang bermutu yang dapat dilaksanakan segera di seluruh Sarawak. Contohnya, inisiatif di bawah SDEC (Sarawak Digital Economy Corporation Berhad) adalah Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN),” katanya.

    Julaihi berkata Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) baru-baru ini juga telah mengadakan sesi libat urus kedua bersama agensi dan pemain industri berkaitan telekomunikasi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...