Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    834 kakitangan Kem. Kesihatan terima pingat kehormatan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Seramai 834 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan, hari ini, menerima Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

    Daripada jumlah berkenaan, seramai 414 orang menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) dan seramai 420 orang menerima Pingat Kerja Lama (PKL).

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan pingat-pingat berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis bertujuan untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kementerian Kesihatan atas jasa bakti mereka kepada raja, kerajaan dan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

    Dengan itu, ia akan menyuntik lagi semangat bagi warga yang lain untuk turut meningkatkan mutu kerja dengan lebih gigih dan cemerlang.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui, ketua-ketua pengarah, pengarah-pengarah, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham menyampaikan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada para penerima pada majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...