84 pelatih PPB khatam Al-Quran

Gambar serahan PPB

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Seramai 84 orang pelatih Program Pembangunan Belia telah diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang diadakan sempena tamat kursus Pusat Pembangunan Belia(PPB), baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Binadiri PPB itu ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirizal bin Pengiran Haji Mahmud yang turut menyampaikan sijil kepada para pelatih.

Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap di KKBS, penolong pengarah PPB, Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, para pegawai, kakitangan serta ibu bapa dan penja-ga pelatih PPB.

Majlis khatam berkenaan adalah aktiviti tahunan bagi Unit Program Pembangunan Diri PPB dan sebagai salah satu kegiatan keugamaan bersempena tamat kursus bagi setiap sesi.

Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada para peserta khatam.
Antara pelatih-pelatih perempuan yang menyertai majlis khatam Al-Quran sempena tamat kursus PPB berkenaan.