84 tentera Afghanistan lari ke Uzbekistan

TASHKENT, 15 OGOS – Uzbekistan hari ini berkata, seramai 84 tentera Afghanistan menyeberang ke sempadan negara itu pada hari yang sama Taliban menawan bandar keempat terbesarnya.

Tashkent berkata ia telah menawarkan bantuan kemanusiaan kepada pasukan tentera yang melarikan diri itu.

Katanya, pasukan keselamatan sempadan telah menangkap mereka yang melanggar sempadan negara itu dan pihak berkuasa mengadakan perbincangan dengan pihak Afghanistan tentang penghantaran pulang anggota terbabit dalam satu kenyataan kementerian luar negeri.

Agensi berita Rusia, TASS memetik jurucakap kementerian, Yusup Kabulzhanov mengesahkan bahawa rundingan berhubung pemulangan pelarian telah diadakan bersama kedua-dua kerajaan rasmi Afghanistan dan Taliban.

Uzbekistan telah menyediakan makanan, tempat tinggal sementara dan rawatan perubatan kepada tentera Afghanistan yang ditahan, kata kementerian terbabit.

Ia juga mengambil maklum bahawa terdapat kumpulan anggota tentera kerajaan Afghanistan di sisi jambatan bahagian negara itu di persimpangan sempadan Termez-Hairatan. – AFP