Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    85 ditahan, rampas pelbagai senjata

    BELGRADE, SERBIA, 14 JULAI – Pihak berkuasa di Serbia hari ini berjaya menahan 85 pendatang asing berhampiran dengan sempadan Hungary, di mana pertelingkahan yang berlaku pada awal bulan ini nampaknya melibatkan aktiviti penyeludupan manusia yang menyebabkan satu maut dan beberapa lagi cedera.

    Dalam satu kenyataan, polis berkata pasukan mereka menemukan senjata automatik, senjata api, pisau dan beberapa jenis senjata lain dan peluru semasa operasi serbuan yang dijalankan di bandar utara Subotica.

    Tuduhan jenayah telah difailkan terhadap dua pendatang asing dan enam individu telah ditahan, manakala selebihnya disyaki melakukan kesalahan yang kurang serius, kata kenyataan itu. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Aleksandar Vulin berkata polis giat menjalankan operasi di beberapa kawasan di mana aktiviti penyeludupan sering berlaku.

    Polis menggambarkan operasi itu adalah sebagai satu tindakan yang bertujuan untuk membendung perbuatan jenayah dan kesalahan yang dilakukan oleh pendatang asing. – AP

    Sekumpulan pendatang asing berjaya ditahan oleh pihak berkuasa berhampiran dengan sempadan Hungary dan merampas pelbagai jenis senjata. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...