Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

85 kes AGE dilaporkan di Tawau

TAWAU, 5 Okt – Sebanyak 85 kes Acute Gastroenteritis (AGE) dilaporkan berlaku di Mukim Sri Tanjong di sini dalam tempoh enam hari sehingga 1 Oktober lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata Pejabat Kesihatan Kawasan (PPK) Tawau menerima notifikasi AGE pada 26 Sept daripada dua klinik swasta membabitkan 22 kes menunjukkan gejala muntah, cirit-birit serta sakit perut dan kesemua dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan awal PPK Tawau menunjukkan kes-kes tinggal di taman perumahan berbeza, setelah itu siasatan lengkap terhadap kes serta persekitaran termasuk kilang ais telah dijalankan.

“PPK juga telah menjalankan ujian makmal sampel najis, air, serta ais untuk mengenal pasti punca jangkitan. Sebanyak 19 sampel najis kes bergejala telah diuji dan didapati negatif kehadiran mikroorganisma, manakala siasatan di lapangan kilang ais adalah di tahap memuaskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

AGE adalah sejenis penyakit bawaan air yang sering dikaitkan dengan paip air tercemar dengan gejalanya termasuklah muntah, cirit-birit, demam dan kekejangan perut. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -