Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    85 vendor sertai Let’s Raya

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Rahwani Zahari

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Pameran fesyen Let’s Raya anjuran Thevent Co. dan diuruskan oleh D’Sunlit Sdn Bhd akan diadakan pada Jun nanti di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Sebagai persediaan acara itu nanti, Thevent Co. telah mengadakan sesi taklimat bagi para peserta pameran dan sidang media yang berlangsung di Avenue 41, Bangunan Suasa, Kiarong, hari ini.

    Sidang akhbar dan taklimat yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada rakan kongsi rasmi acara dan para vendor, telah menyentuh mengenai pelbagai aspek dan isu bagi acara tiga hari itu termasuk mengenai isu keselamatan dan kebersihan.

    Acara Let’s Raya yang disertai oleh kira-kira 85 vendor dan peserta pameran, dengan 50 peratus daripadanya adalah vendor asing, adalah diilhamkan daripada trend pengguna semasa dan yang masih lazim untuk kemudahan.

    Antara para peserta vendor yang hadir bagi mendengarkan taklimat daripada penganjur acara, Thevent.Co.

    Ia menampilkan jenama fesyen Muslimah berwarna-warni yang sangat dinantikan dan aksesori butik dan kecantikan.

    Selain itu, acara berkenaan juga akan dimeriahkan dengan cabutan bertuah harian yang menawarkan hadiah termasuk klac (clutch) YSL baharu, beg tangan Prada, set perhiasan Swarovski, baucar tunai dan banyak lagi.

    Pemegang kad kredit dan debit Bank Baiduri juga akan berpeluang membuat cabutan bertuah segera yang menawarkan hadiah hebat bagi setiap pembelian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda