Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    850 banduan kini bekerja di 21 syarikat

    KOTA BHARU, 7 DIS – Seramai 850 banduan di penjara di negeri ini sedang bekerja dengan 21 syarikat di Kelantan menerusi Program Corporate Smart Internship (CSI) tahun ini.

    Pengarah Penjara Kelantan Penolong Kanan Komisioner Penjara Mat Yaacob berkata mereka ialah banduan yang menjalani perintah Sistem Parol dan Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).

    Beliau berkata banduan terlibat dibayar gaji minimun serta disediakan tempat tinggal yang diluluskan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

    “Menerusi Program CSI ini banduan diambil bekerja di bengkel motosikal, perladangan, perkilangan dan spa wanita,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Outreach Memperkasa Komuniti Koreksional ‘We Care’ Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini hari ini.

    Program itu dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

    Mengulas lanjut, Mat berkata pihaknya kini menerima banyak permohonan daripada pelbagai syarikat untuk bekerjasama dalam Program CSI itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...