Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    86 pelajar cemerlang diraikan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA), hari ini, telah meraikan seramai 86 orang pelajar yang mencapai keputusan cemerlang tahun 2016 dalam Peperiksaan GCE ‘O’ Level.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMJA, Haji Haji bin Haji Othman yang turut menyampaikan anugerah kepada para penerima.

    Pengetua SMJA, Haji Juma’ata Sonadey bin Haji Mornie semasa menyampaikan ucapan menekankan bahawa pada 2016, prestasi sekolah dalam Peperiksaan ‘O’ Level telah meningkat kepada 43.20 peratus dengan memperoleh lima kredit dalam peperiksaan.

    Menurut beliau, ia merupakan peningkatan drastik daripada tahun sebelumnya dan tambahan lagi, 16 daripada 20 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan sejak tahun 2015.

    Haji Haji ketika menyampaikan anugerah kepada para penerima.
    Haji Haji ketika menyampaikan anugerah kepada para penerima.

    “Dengan peningkatan ini, saya berharap pelajar yang mengambil peperiksaan tahun ini akan dapat mengalahkan rekod pencapaian ini,” tambahnya.

    Di majlis itu, sebanyak empat kategori anugerah disampaikan iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang yang memperolehi lapan hingga 10 kredit, Anugerah Pelajar Cemerlang yang memperolehi A*, Anugerah Pelajar Peningkatan Prestasi dan Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil dan piala kepada guru-guru mata pelajaran dan persembahan pentas oleh pelajar-pelajar SMJA.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda