BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Sebagai aktiviti tahunan dalam bulan Ramadan, Pasar Raya Orbit Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada seramai 86 orang penerima daripada golo-ngan yang kurang bernasib baik di Daerah Brunei dan Muara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, para penerima sumbangan terdiri daripada warga emas, anak-anak yatim dan golongan berkeperluan khas yang dipilih oleh ketua Kampung Salambigar dan Kampung Lambak Kanan.
Kenyataan menyatakan lagi, ini merupakan kali ke-12 kempen amal seumpamanya dianjurkan oleh Pasar Raya Orbit Salambigar.
Pengerusi Kumpulan Teeyem, Haji Badurudeen dan Pengarah Urusan Pasar Raya Orbit, Anwar Ali melahirkan perasaan gembira dalam menyampaikan sumbangan berkenaan serta berharap usaha itu akan dapat membantu mengurangkan beban para penerima semasa musim perayaan yang bakal menjelang.
Sumbangan yang dihulurkan termasuk keperluan asas seperti beras, mi segera, minyak masak, krim kelapa dan banyak lagi yang bernilai kira-kira $5,000 keseluruhannya.
Berikutan wabak COVID-19, para penerima telah diminta mengambil sendiri sumbangan berkenaan di pasar raya tersebut dengan mengekalkan penjarakan sosial.





























