Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    866 saman dikeluarkan dalam Ops Hari Raya di Sarawak

    KUCHING, 8 MEI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa sebanyak 5,364 kenderaan dan mengeluarkan 866 saman (Notis P22) sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2022 (Op HRA 2022) di Sarawak.

    Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata operasi tersebut yang bermula pada 29 April lepas telah berakhir hari ini.

    Beliau berkata beberapa aktiviti telah dilaksanakan sepanjang operasi ini termasuk operasi rondaan di jalan utama negeri, op khas motosikal, pemeriksaan di depoh dan terminal bas, penyamaran sebagai penumpang bas dan pelbagai aktiviti lain lagi.

    Lokman berkata terdapat lima kesalahan utama dikenakan tindakan tegas pada Op HRA 2022 di Sarawak iaitu memotong garisan, memotong barisan, mengunakan laluan kecemasan, melanggar isyarat lampu merah dan menggunakan telefon semasa memandu.

    “Mengunakan telefon semasa memandu tidak akan diberikan kompaun lagi, mereka akan dibawa terus ke mahkamah,” katanya ketika mengadakan sidang media Laporan Op HRA 2022 Peringkat Sarawak di Terminal Bas Kuching Sentral di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...