Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    880 warga KHEU terima pingat kehormatan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Seramai 880 orang pegawai, kakitangan dan tenaga pengajar di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menerima Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2018 hingga 2021.

    Majlis penyampaian pingat-pingat kehormatan berkenaan telah berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak d’Seni, di sini, hari di mana daripada jumlah penerima, seramai 375 orang menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) dan 505 menerima Pingat Kerja Lama (PKL).

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian pingat-pingat kehormatan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Pengurniaan pingat-pingat berkenaan adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas jasa dan sumbangan kerja yang telah diberikan sepanjang mereka berkhidmat. Ia juga sebagai motivasi dan penyuntik semangat kepada warga kementerian untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti kerja serta terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Adanan bin Haji Basar serta para pengarah dan pegawai-pegawai kanan KHEU.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyempurnakan penyampaian Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam pada majlis yang berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak d’Seni, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...