Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    9.5 juta diarah pindah kerana Nanmadol

    TOKYO, 19 SEPT – Jepun mengarahkan hampir 9.5 juta penduduk di barat negara itu berpindah berikutan taufan Nanmadol yang dijangka membawa angin kencang semakin menghampiri wilayah itu, lapor Sputnik. 

    Menurut laporan penyiar Jepun NHK hari ini, pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran ancaman bencana Tahap Empat, yang menyarankan penduduk berpindah ke lokasi selamat sementara pemindahan masih boleh dilakukan. Amaran Tahap Lima iaitu amaran tertinggi berkemungkinan berisiko kepada nyawa manusia.

    Kira-kira sembilan juta orang daripada 4.2 juta isi rumah di beberapa bahagian di wilayah Kyushu, Shikoku dan Chugoku yang terjejas di bawah Tahap Empat telah diarah berpindah.

    Amaran Tahap Lima diisytiharkan untuk hampir 530,000 penduduk daripada lebih 250,000 isi rumah di wilayah Kagoshima, Miyazaki, Oita, Kumamoto dan Yamaguchi, menurut laporan itu.

    Taufan itu dijangka melanda pantai barat Jepun, bergerak ke arah timur dan melepasi bahagian barat dan timur di kawasan utara Pulau Honshu menjelang pagi Selasa.

    Nanmadol diramal membawa angin 98.5 kaki (30.02 meter) per saat, dengan tiupan angin sehingga 45 kaki (13.72 meter). Menurut media Jepun, setakat awal hari ini, taufan itu telah meragut satu nyawa dan mencederakan 69 yang lain.

    Berikutan itu, Perdana Menteri Fumio Kishida menangguhkan penerbangannya ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – Bernama

    Kawasan perumahan banjir akibat hujan lebat dibawakan oleh taufan Nanmadol di Kunitomi, wilayah Miyazaki, selatan Jepun, 19 Sept. Taufan tropika itu meragut satu nyawa manakala 9.5 juta diarah berpindah dari kediaman mereka berikutan ancamannya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...