Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 anggota TUDB terima lencana penerbangan

    Oleh Sim Y. H.

    Gambar oleh Kementerian Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Seramai sembilan orang anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang baru sahaja menamatkan latihan penerbangan sebagai Anak Buah Pesawat TUDB telah menerima lencana penerbangan masing-masing dalam Majlis Penyampaian Lencana Penerbangan yang berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, hadir bagi menyampaikan lencana penerbangan itu ialah Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan serta anggota TUDB, serta ahli-ahli keluarga Anak Buah Pesawat yang baru.

    Para penerima lencana berkenaan ialah 21380 Sarjan (U) Nurizzah binti Haji Jumat; 18842 Koperal (U) Muhd Nazmi @ Adib bin Haji Ja’afar; 17527 Lans Koperal (U) Mohammed Shahrimin bin Haji Mohd Nafiah; 18710 Lans Koperal (U) Mohd Nurudin bin Jalil; 18964 Lans Koperal (U) Muhd Nabil Hasbullah bin Muhd Rizal; 19315 Lans Koperal (U) Muhd Azizul Azmi bin Morni; 21527 Lans Koperal (U) Siti Noorfaridah binti Safar; 50805 Soldadu (U) Mohd Fairuz Mohafiefyn bin Haji Mohammad dan 51211 Soldadu (U) Md Khaledon bin Haji Zaidi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda