9 beruk disuntik vaksin COVID-19

SAN DIEGO, 5 MAC – Zoo San Diego telah memvaksinkan sembilan beruk untuk koronavirus selepas sekumpulan gorila di Taman Safari dijangkiti virus tersebut.

Pegawai berkata empat ekor orang utan dan lima ekor bonobo menerima suntikan COVID-19 pada Januari dan Februari.

Tiga bonobo dan seekor gorila juga dijangka menerima vaksin tersebut, yang bersifat eksperimental.

Pemvaksinan menyusuli wabak COVID-19 pada Januari di zoo Taman Safari. Lapan gorila dijangkiti virus itu, mungkin terdedah daripada penjaga zoo yang diuji positif dijangkiti COVID-19.

Gorila berkenaan mengalami gejala selesema, batuk dan letih. Namun haiwan tersebut beransur pulih. – AP

Gambar fail menunjukkan DevonPrince, EmmanuelLopez dan ArielHayes meletakkan pelekat untuk memberi petunjuk kepada pelawat di Zoo SanDiego. Zoo itu memvaksinkansembilan beruk untuk koronavirus dalam dua bulan pertama 2021. – AP