Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 didakwa buang sisa toksik

    BEIJING, 17 Sept – Pihak berkuasa China mendakwa sembilan orang dari kemudahan rawatan sisa kerana membuang berpuluh-puluh ribu sisa toksik ke dalam sebahagian Sungai Yangtze berdekatan Shanghai.

    Tuduhan difailkan pada Jumaat di bandar Changshu, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan. Sembilan tertuduh didakwa menghantar sampah dari Mukim Haiyan, berhampiran Shanghai kepada individu ‘tidak berkelayakan’ yang kemudiannya membuang sisa itu ke dalam sungai atau menanamnya, menurut Xinhua. Pembuangan berlaku antara Ogos dan Disember tahun lalu.

    Pencemaran sudah menjadi satu isu utama bagi kelas pertengahan China yang semakin meningkat, kecewa dengan bertahun-tahun keadaan awan yang kelabu dan sungai-sungai tercemar dan kerajaan semakin giat menunjukkan bahawa ia sedang menangani masalah itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda