Thursday, September 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 ditahan kejadian serangan ke atas beberapa wanita

    HONG KONG, 12 JUN – Pihak berkuasa menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dalam serangan ganas ke atas beberapa orang wanita di sebuah restoran selepas rakaman pengawasan mencetuskan kemarahan.

    Rakaman daripada sebuah restoran barbeku di Tangshan di wilayah utara Hebei, pada 2:40am Jumaat lalu, menunjukkan salah seorang lelaki menghampiri sebuah meja di mana empat orang wanita duduk dan meletakkan tangannya di belakang seorang wanita.

    Wanita itu kemudiannya menolak lelaki berkenaan beberapa kali sebelum dia mengamuk dan menampar wanita tersebut, menyebabkannya untuk membalas. Perkelahian berlaku, dengan sekumpulan lelaki memasuki restoran dan secara ganas menyerang wanita itu dan rakan-rakannya, termasuk menendang dan melontar kerusi ke arah mereka.

    Rakaman yang diambil di luar restoran turut menunjukkan penyerang mengheret wanita yang diserang keluar dari restoran sebelum memukulnya, dengan kebanyakan orang yang lalu-lalang hanya menyaksikan kejadian itu.

    Gambar-gambar mangsa terbaring di atas usungan, dengan bengkak di bahagian muka, serta rakaman serangan menjadi tular di media sosial.

    Serangan tersebut dan kemarahan awam mencetuskan semula perbincangan mengenai kebencian dan layanan tidak setara terhadap wanita di China.

    Awal tahun ini, satu video tular mengenai seorang wanita dirantai pada dinding dalam sebuah pondok menarik perhatian dan kemarahan ramai selepas pihak berkuasa menafikan bahawa wanita itu adalah mangsa penyeludupan manusia. Dia kemudiannya didapati telah dijual untuk dijadikan sebagai isteri. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda