9 hilang bot karam di Sumatera

MEDAN, INDONESIA, 23 JUN – Sembilan orang nelayan hilang di Indonesia selepas bot mereka karam di pulau Sumatera, kata pegawai hari ini, ketika cuaca buruk menghambat operasi mencari.

Bot mereka karam pada Isnin kerana cuaca buruk dan ombak tinggi di kawasan timur laut pulau itu. “Operasi menyelamat tidak membuahkan hasil,” kata pegawai agensi mencari dan menyelamat tempatan, Benteng Telambuana memberitahu AFP.

“Kami belum menemui sebarang jejak nelayan-nelayan ini setakat ini,” katanya. – AFP