Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    9 hilang pesawat laut terhempas

    LANGLEY, WASHINGTON, 5 SEPT – Seorang individu terbunuh dan sembilan orang masih hilang, termasuk seorang kanak-kanak, selepas sebuah pesawat laut terhempas di Puget Sound di negeri Washington petang semalam, kata Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS).

    Agensi berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa pesawat itu berlepas dari Friday Harbour, destinasi pelancong popular di San Juan Islands, ke Renton, pinggir bandar selatan Seattle.

    Empat kapal Pengawal Pantai, sebuah helikopter menyelamat dan sebuah pesawat udara terbabit dalam usaha mencari, selain agensi menyelamat dan penguat kuasa undang-undang. Dua kapal meneruskan usaha mencari pada malam dan rondaan udara akan diteruskan pada awal pagi, kata Pengawal Pantai.

    Nahas dilaporkan pada pukul 3:11 petang. Pengawal Pantai berkata satu mayat telah ditemui dan sembilan orang masih hilang. Punca nahas masih tidak diketahui, kata pihak berkuasa.

    Pesawat itu terhempas di Mutiny Bay di luar Pulau Whidbey, kira-kira 30 batu dari barat laut Seattle dan berada di antara Friday Harbour dan Renton.

    Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional berkata kapal terbang di adalah jenis de Havilland DHC-3 Otter, kapal terbang satu enjin. – AP

    Sebuah helikopter Pengawal Pantai mencari di kawasan di mana pesawat laut terhempas berhampiran Whidbey Island, Washington pada 4 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...