Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    9 jurulatih terima sijil Diploma B

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Sembilan jurulatih telah dianugerahkan Sijil Diploma B Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) dalam acara yang berlangsung di Rumah Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) baru-baru ini.

    Antara jurulatih yang dianugerahkan sijil tersebut ialah Tengku Syed Herdiman Tengku Syed Abdul Rahman, Sairol Haji Sahari, Richard Michael Foley, Mohammad Aqim Haji Matsah, Mohammad Adi Shahirol Izzat Haji Omar, Mohammad Eddy Shahrol Izzat Haji Omar, Haji Mohammad Halimi Haji Abu Bakar, Rosmin Haji Mohammad Kamis dan Syah Juan Mohd Nor.

    Dengan memperoleh Sijil Diploma B AFC berkenaan bermakna kesemua jurulatih berkelayakan untuk membangunkan gaya permainan dan berupaya untuk membuat perancangan bagi pemain individu, kumpulan dan persiapan pasukan.

    Dengan pensijilan itu juga, mereka mampu untuk memahami bagaimana pemain belajar menerusi analisis permainan dan membentuk mereka dengan lebih pemahaman tentang permainan.

    Hadir semasa majlis penyerahan sijil tersebut ialah Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah ahli-ahli majlis eksekutif dan sekretariat FABD.

    Pengiran Haji Matusin bergambar ramai bersama jurulatih yang menerima sijil pada majlis yang berlangsung baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...