Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    9 juta kanak-kanak divaksin polio di Afrika

    CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN, 22 MAC – Usaha untuk memberi vaksin polio kepada lebih 9 juta kanak-kanak telah dilancarkan minggu ini di empat negara di selatan dan timur Afrika selepas penularan penyakit tersebut disahkan di Malawi.

    Kempen vaksinasi segera telah bermula di Malawi di mana titisan inokulasi diletakkan di dalam mulut kanak-kanak di seluruh negara, termasuk di ibu negara, Lilongwe dan bandar terbesar di negara itu, Blantyre.

    Kempen vaksinasi akan diperluaskan pada Khamis untuk merangkumi negara jiran Mozambique, Tanzania dan Zambia, menurut UNICEF yang bekerjasama dengan kerajaan dan rakan kongsi lain.

    Tiga lagi pusingan vaksinasi akan menyusul dalam beberapa bulan akan datang dengan matlamat untuk mencapai lebih 20 juta kanak-kanak.

    “Ini adalah kes pertama polio liar yang dikesan di Afrika selama lebih lima tahun dan UNICEF bekerjasama rapat dengan kerajaan dan rakan kongsi untuk melakukan segala yang mungkin untuk menghalang penularan virus itu,” kata Mohamed M. Fall, Pengarah Serantau UNICEF untuk Timur dan Afrika Selatan.

    “Polio merebak dengan cepat dan boleh membunuh atau menyebabkan kelumpuhan yang kekal,” katanya.

    UNICEF, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan kongsi Global Polio Eradication Initiative menyokong kerajaan dengan usaha vaksinasi selepas disahkan pada Februari lalu bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lumpuh akibat poliovirus liar di ibu negara Malawi, Lilongwe. – AP

    Seorang anak damit menerima vaksin polio semasa pelancaran kempen vaksinasi Polio Malawi di Lilongwe Malawi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...