Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 lagi mayat ditemui dalam runtuhan

    NEW DELHI, 19 Feb – Pasukan penyelamat di wilayah barat India, Rajasthan, kelmarin meneruskan lagi operasi pencarian di kawasan runtuhan bangunan, di mana sembilan lagi mayat ditemui, menjadikan jumlah kematian kepada 18 orang, kata seorang pegawai.

    Insiden bangunan runtuh itu dicetuskan selepas dua silinder memasak gas meletup malam Jumaat semasa majlis perkahwinan di daerah Beawar, Ajmer, sekitar 185km barat Jaipur, ibu kota Rajasthan.

    “Hari ini sembilan lagi mayat telah ditemui dan angka kematian telah meningkat sehingga 18 orang,” kata pegawai kanan polis.

    Gambar yang diambil pada 17 Februari 2018 menunjukkan pekerja Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) mengeluarkan mayat yang ditemui daripada runtuhan bangunan selepas letupan gas silinder di Beawar, di negeri India Rajasthan. – AFP

    Menurut polis, ledakan itu terjadi akibat kebocoran yang berlaku di salah satu silinder gas memasak yang digunakan semasa majlis perkahwinan untuk mempersiapkan makanan. Ledakan tersebut membakar bangunan itu dan juga merosakkan rumah bersebelahan.

    Pegawai bergegas bersama anggota bantuan bencana dan tentera untuk menjalankan kerja penyelamatan. Penyelamat telah menyaring tumpukan konkrit dan keluli untuk mencari mayat.

    Ketua Menteri negeri Vasundhara Raje telah mengumumkan pampasan sebanyak AS$3,112 dolar untuk setiap keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga mereka dalam letupan tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda