Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    9 lagi tersenarai Alert List

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Sembilan lagi individu, syarikat atau entiti telah dimasukkan ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) bagi Mac 2023.

    BDCB menerangkan Alert List adalah senarai individu, syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan di bawah kawalan BDCB atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai itu, adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

    Kenyataan juga menyatakan Alert List yang dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawang BDCB. BDCB juga menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya, untuk berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Antara perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang.

    Orang ramai juga diingatkan perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan entiti, syarikat atau individu yang tidak di lesen atau di kawal selia.

    Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.bdcb.gov.bn atau Instagram BDCB @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    BDCB akan terus mementingkan kestabilan kewangan negara dan mengutamakan pelindungan sistem kewangan dan kepentingan pengguna kewangan negara ini.

    BDCB juga akan terus memantau sebarang aktiviti kewangan yang mencurigakan atau tidak berlesen di Brunei.

    Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti tidak berlesen, bolehlah hubungi BDCB melalui talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel, fci@bdcb.gov.bn.

    Alert List bulan Mac 2023

    1) Personal Loans Singapore & Brunei (IG profile) / personel_loan_singapore_brunei / Online Money Loan Brunei (IG Profile) / online_money.loan_brunei (8134669)
    2) Kim Ong (FB Profile),
    3)Whale Capital Investment (+60176858379),
    4) FXOPEN Investment / fxopen brunai (IG Profile),
    5) Goldfx_BN,
    6) Investment_brunei (IG Profile),
    7) Bank_investasi_goldsaham / Gold Saham Trade Investment,
    8) PW-BNTRADE (IG Profile) (8220472) dan
    9) bsntrader_bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -