9 langgar arahan teranah di rumah

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kem. Kesihatan dan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Operasi Pulih yang dijalankan bermula 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan 10 pelanggaran arahan dan kesemuanya telah diambil tindakan denda kompaun.

Daripada pemantauan itu, sebanyak tujuh kesalahan dikesan di Daerah Brunei dan Muara, satu di Daerah Belait dan dua kesalahan di Daerah Tutong, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), sembilan kesalahan tersebut adalah kesalahan keluar rumah dan satu kesalahan kerana tidak memakai pelitup muka.

Sehubungan itu, PPDB menekankan pematuhan orang ramai terhadap arahan kerajaan adalah perlu untuk kepentingan dan kemaslahatan masyarakat umum yang perlu ditanai serta dipikul sebaiknya bagi proses pemulihan negara mengharungi detik-detik situasi pembendungan wabak daripada tersebar secara meluas tanpa sebarang kawalan.

Strategi diperkenalkan kerajaan melalui operasi penguatkuasaan ‘Operasi Pulih’ melibatkan pelbagai kementerian merupakan langkah yang efektif lagi kolektif dalam memastikan kebaikan dan kesejahteraan semua pihak terus terjamin dalam pengurangan pergerakan bagi membendung risiko penularan jangkitan COVID-19 di negara ini.

Anggota polis mencatatkan kesalahan dilakukan salah seorang yang menerima kompaun pada Operasi Pulih.