9 maut banjir landa Sri Lanka, selatan India

COLOMBO, 8 NOV – Sembilan maut dan dua lagi dilaporkan hilang, selepas banjir melanda Sri Lanka dan beberapa kawasan di selatan India, ekoran hujan lebat yang turun seminggu.

Hampir separuh dari 25 kawasan di Sri Langka dilanda banjir, dengan kawasan yang paling teruk terjejas di dalam dan sekitar kawasan Tanah Tinggi Tengah yang diliputi dengan tanaman teh di kepulauan itu.

“Lima maut dan dua lagi dilaporkan hilang,” kata Pradeep Kodippili dari agensi pengurusan bencana, sejak hujan turun pada penghujung Oktober lalu. Biro cuaca negara itu turut memberi amaran, jangkaan lebih banyak banjir akan melanda, ekoran hujan mula beralih ke pantai utara negara di sekitar bandar Jaffna.

Di selatan India, Menteri pengurusan bencana tempatan, KKSSR Ramachandran, pula berkata empat orang maut dalam ‘tragedi dikaitkan dengan hujan’ di seluruh Tamil Nadu.

Katanya, pihak berkuasa terpaksa menubuhkan 150 kem bantuan untuk mengedarkan makanan dan bantuan untuk memaksa mereka meninggalkan rumah. Jalan utama di Chennai juga ditenggalami air dan pokok tumbang sertai gangguan trafik. – AFP

Seorang wanita memegang payung sambil minum berdekatan jalan raya yang dibanjiri air selepas hujan monsun lebat melanda Chennai, 8 November. Sembilan orang maut di Sri Lanka dan India akibat banjir musim monsun. – AFP