Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    9 maut bas jatuh gaung

    SAN JOSE, 19 SEPT – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan empat lagi hilang apabila sebuah bas dan dua buah kenderaan terjatuh ke dalam gaung di kawasan gunung Costa Rica, lapor Palang Merah semalam.

    Bas, kereta dan motosikal jatuh ke dalam gaung sedalam 75 meter pada Sabtu apabila hujan lebat mengakibatkan runtuhan tanah di genting El Hundimiento, kira-kira 80 kilometer dari barat ibu negara San Jose.

    Perkhidmatan menyelamat telah mengeluarkan 50 mangsa, termasuk pemandu bas, dari gaung itu, menurut Keselamatan Sosial Costa Rica yang bertanggungjawan terhadap perkhidmatan kesihatan awam negara.

    “Setakat ini, kami tahu sembilan orang telah terkorban,” kata Palang Merah di Twitter selepas kemalangan, menambah empat orang masih hilang.

    Bas sedang dalam perjalanan di antara San Jose dan Wilayah Guanacaste bersama 47 penumpang, beritahu pemilik syarikat pengangkutan, German Alfaro, kepada akhbar Costa Rica La Nacion.

    Palang Merah sebelumnya menganggarkan penumpang berjumlah 60. Gambar yang dikongsi oleh perkhidmatan menyelamat menunjukkan bangkai bas di tapak gaung di kawasan gunung di mana usaha menyelamat dikatakan amat mencabar.

    Penduduk di kawasan itu berkata kemalangan berpunca daripada kekurangan penghadang keselamatan atau papan tanda di jalan raya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...