Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    9 maut, bot-kapal kargo bertembung

    ANTANANARIVO, 12 SEPT – Kira-kira sembilan maut dengan ramai lagi hilang selepas sebuah bot penumpang bertembung dengan kapal kargo di sungai di barat laut Madagascar.

    Agensi Pelabuhan Sungai dan Maritim (APMF) memaklumkan, kanak-kanak antara 35 penumpang yang menaiki bot sepanjang lapan meter itu ketika pelanggaran berlaku di Sungai Loza dekat Antsohihy, petang semalam.

    Ketua Pengarah APMF, Jean-Edmond Randrianantenaina berkata beberapa penumpang berjaya berenang ke darat, namun yang lain tidak dapat dikesan.

    “Kami belum mengetahui apa yang berlaku kepada penumpang lain,” katanya mengesahkan operasi menyelamat masih dijalankan.

    Agensi itu memaklumkan, bot pe-numpang itu belayar dari Ambiky apabila dirempuh sebuah kapal kargo dan karam serta-merta. Randrianantenaina berkata kemalangan itu kemungkinan berlaku disebabkan kurang pencahayaan pada bot penumpang.

    “Kapal kargo itu lari selepas pelanggaran, tetapi kami berjaya mengejarnya,” katanya polis sedang menyoal siasat anak kapal. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...